Jumat, 31 Mei 2013

Berfikir Positif dan Optimis

Dunia seakan-akan gelap. Seolahnya tiada lagi cahaya yang menyuluh. Apakah ini pengakhiran yang kita mahukan?

Kejayaan adalah memaksimumkan potensi kita untuk merealisasikan matlamat utama kita dalam perjalanan hidup. Semua insan pernah gagal. Kerana gagal adalah guru.

Apabila kita berusaha untuk mencapai sesuatu, kita berjaya kerana kita tahu cara untuk mencapai matlamat kita.

Bijak pandai pernah berkata, "Sama ada kita menjadi abu atau menjadi seekor merak, ia terpulang pada diri kita sendiri."

Sebenarnya, hidup kita bukan sekadar bergantung pada setiap apa yang berlaku pada kita dan sekeliling, tetapi ia lebih kepada bagaimana kita memberi tindak balas terhadap apa yang berlaku.

Sayangi diri.

Buatlah sesuatu demi kebaikannya dan yang memberi manfaat buatnya.

Ia bukan bermakna pergi spa 30 hari sebulan, tetapi lebih dari itu.

Kisah Guru Dan Murid

Seorang guru pernah bertanya pada anak muridnya, "Adakah kamu semua menyayangi diri sendiri?"

Dan para murid menjawab, "Ya! Kami sayang diri kami!"

Ujar guru itu, "Bagaimana cara kamu semua menyayangi diri sendiri?"

"Belajar sungguh-sungguh!"

"Jaga hati!"

"Pakai topi keledar!''

Maka kata si guru,

"Benar. Tetapi ia lebih dari itu. Terimalah diri kamu, tiada manusia yang sempurna. Hormatlah maruah kamu, ia tidak pernah meminta untuk diragut melainkan kamu yang membiarkannya. Berikan galakan kepada diri kamu, galakan orang lain tidak cukup buatmu. Rancangkan kejayaan buat diri kamu, jangan biar diri kamu gagal kerana kegagalan yang diterima."

Boleh menangis, menyesal, menjerit sekuat mungkin kerana meratapi kegagalan yang diterima. Tetapi pada esok hari, kamu harus bangun tidur dengan segar dan hilangkan segala kesedihan.

Kenapa?

Kerana berabad-abad sekalipun tangisan dan kekecewaan ia tidak akan merubah apa-apa. Ambil separuh untuk dijadikan iktibar dan ambil separuh untuk dijadikan pendorong.

Kisah Lelaki dan Jadual Penerbangannya

Seorang lelaki mengejar penerbangannya, saat tiba di lapangan terbang, penerbangannya terpaksa dilewatkan kerana kerosakan pada bahagian tertentu. Tetapi dia tidak marah. Katanya, "Bagus!"

Maka orang di sekelilingnya hairan. Bukankah sepatutnya lelaki itu marah.

"Mereka mengambil berat akan keselamatan kita. Bukankah ia bagus?"

"Tetapi.. sukarlah untuk kita mendapatkan penerbangan berikutnya. Kerana kita terpaksa menunggu dengan begitu lama. Sedangkan sekarang kita sedang mengejar masa!"

"Bagus!"

Dan orang di sekelilingnya bertambah hairan.

"Kenapa bagus?".

"Kerana saya dan semua orang dapat bersantai-santai terlebih dahulu. Cuaca di luar sana sangat tidak menyenangkan. Sedangkan kita di sini berada dalam keadaan nyaman dan selesa. Terdapat beberapa buah kusyen empuk di hujung kaunter. Terdapat makanan dan kopi panas di kafeteria. Jadi saya akan memanfaatkan peluang ini, kerana saya sering tidak cukup masa selama ini. Sekarang saya dapat membaca majalah kegemaran saya terlebih dahulu."

Dan orang sekelilingnya merasa kagum dengan lelaki itu. Seraya berkata, "Hebat!"

Itulah dia. Tabiatnya yang positif akan mempengaruhi kelakuan, kata-kata dan pastinya keputusan. Ia memberitahu dunia bahawa sikap positif penting dalam kehidupan. Apa sekali pun tujuan kita, fikir positif. Sentiasa positif dan optimis!

Saya tertarik dengan kata-kata Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari yang terdapat dalam sebuah buku motivasi "Menuju Kejayaan."

"Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu, saya terus minta dari Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju biarlah padan dengan badan. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah."

sumber : http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/945-berfikiran-positif-dan-optimis.html

Selasa, 01 Januari 2013

Tahun ku telah berganti 2013.


Umur telah termakan waktu dalam kehidupan ini. Sudahkah kita lakukan yang terbaik untuk kehidupan ini. Atau dalam hidup hanyalah perjalanan mencapai kesuksesan diri saja. Pernahkah kita berfikir untuk intropeksi diri menyiapkan di kehidupan setelah dunia ini. Dunia yang kita tepati tidak kah ada ketahui kapan kita kan pergi menuju kehidupan hakiki. Ada pepatah orang jawa berkata "urip mung mampir ngombe", ya itulah kita sedang duduk istirahat di dunia mempersiapkan perbekalan untuk perjalanan selanjutnya setelah mengisi bekal. Apakah demikian pula kita lakukan demi kehidupan yang sesaat ini, tentu tidak hati kecil berkata. Hidup hanya Dia-lah yang tahu kemana kita kan bersandar. Atau kita tlah lupa dan terlena dengan kehidupan yang fana ini.



           Sobat,... perjalanan kita belum lah usai, masih banyak amalan yang perlu kita persiapkan. Kelak telah datang di hari yang kita nanti. Mari kita kembali kepada-Nya, sadarkan jiwa kita hanya untuk-Nya. Manusia tidak lah luput dari salah, kesalahan-kesalahan telah membenamkan diri ini jauh ke lembah kegelapan yang penuh dusta. Sadarkah kita umur kita telah sampai kan menginjak waktunya, memang kita tdak lah tahu sampai kapan alunan detak jantung kan berhenti. Tak ada yang abadi, salah satu lagu peterpan liris menyadarkan kalau kita lah harus bangkit untuk menuju-Nya. Hidup... di kehidupan dunia pasti kan kita lewati, kadang tidak sadari waktu telah terlewat begitu saja di depan kita. Usia telah menuntun kita untuk kembali kepada-Nya, akan kah atau mungkin kah kita menjadi kan dunia hanyalah untuk kesenangan semata.

           Tentulah banyak tanda tanya yang menginggapi diri ini, yang tak mungkin mengulang kembali waktu yang telah terlewat dengan kehidupan fana. Pernahkah sadari detak jantung kan berhenti, hela nafas telah hilang. Dunia terasa sepi, alunan ayat suci terdengar, suara tangis yang mengiri kita. Kehidupan terasa terhenti sejenak saat kita sadari telah pergi dari dunia ini.

           “Duh ... Gusti Allah, kulo nyuwun pangapuro... “

           Kata yang terucap saat telah datang waktu untuk kita.

           Kawan sebagai insan dunia, kita sadari setiap kalifah dunia telah mempunyai perjalanan dirinya masing-masing yang tlah di tentukan oleh-Nya.

            Mari kawan muhasabah kan jiwa kita hanya kepada-Nya. Di hari yang dimana semua insan berkumpul merayakan perayaan di seluruh dunia, tentu lah hal tersebut menyayat hati kecil kita. Yang dimana telah bertambahnya usia kita di awal tahun ini, dengan demikian apa yang akan kita pertanggung jawab kan kepada-Nya. Ku titip risalah kepada engkau kawan mari kita bangunkan kawan-kawan kita yang tlah terlena dan sakit akan dunia ini. Sebagai insan mujahid dan mujahidah Islam tentulah perjalanan ini belum usai, perlu kita perbaiki dengan seizin Allah, kita tegakkan kembali Islam di hati kita semua dan kawan-kawan kita semua. Dan tentunya tetaplah berusaha menjadi insan yg terbaik di sisi-Nya.

Selamat Tahun 2013, semoga menjadi tahun kebangkitan muslim muda islam. Amin.