Kamis, 22 Maret 2012

Tentang Hati Sang Kekasih ...

MANTAPKAN ROHANI KITA

Untuk santapan rohani kita semua...
renungkanlah........
 1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu
perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
 2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah
kapal yg belayar di lautan
telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan
kita adalah iman, dan
layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari
tersesat di lautan hidup ini.
 3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu
tetap hidup dalam kenangan.
 4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana
kejujuran itu telalu
penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran
hidup sentiasa menjadi mainan orang.
 5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk
sukar kembali kepada bentuk asalnya.
 6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam
kemiskinan harta ada
kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan
ilmu.
 7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh
dengan ketenangan dan 
keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih
sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
 8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada
kejayaan dalam kehinaan.
Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari
memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
 9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa
lampau dan tidak ada insan
yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
 10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati
yang lebih keras dari batu.
Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati
yang lunak seperti sutera.
 11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh
manusia yang tingginya enam kaki.
12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi
manusia yang selalu mengecewakan agama.
 13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar
rupanya. Akal 
mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan
kepintarannya. Dan
hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar
akhlaknya.
 14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas
batu yang hitam di
malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar
dilihat.
 15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan
memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan
memerlukan keyakinan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar