Senin, 23 Januari 2012

Titik Awal

10 Muwasafat Tarbiyyah

بِسمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحَيْم


1)  Sehat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
Dakwah adalah berat pada tanggung jawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:
Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.
Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merusakkan badan.
Mukmin yang sihat lebih di sukai daripada mukmin yang lemah. Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang, bersenam sekurang-kurangnya 20 menit 3 kali seminggu. Mengingat asas “self-defence”, menggali kekuatan serta potensi diri.

2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie yaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain, berlomba berbuat kebajikan dan menjadi contoh orang sekeliling.

3)
 Fikiran yang berpengetahuan luas (Mutsaqqafal Fikri)
Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang dunia Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah. Pesan Imam Banna:
"Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi."

Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.
Banyak membaca dan menulis, memiliki perpustakaan sendiri, senantiasa belajar sejarah, kuasai kemahiran terkini.


4) Mampu berdikari (Qadiran ala Kasbi)
Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Tidak mengharapkan kepada orang lain, beretika dalam berkerja, bekerja secara ihsan. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal kewenangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.

5) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
Seorang da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir serta melakukan qiyamullail. Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

6) Ibadah yang sahih (Sahihul Ibadah)
Seorang da’ie perlu melakukan ibadah yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.

7) Melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
Seorang da’ie perlu mempunyai azam serta amanah, janji yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai'e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan dan kelalaian.Senantiasa berdo’a dan bertaubat. Memelihara diri dari maksiat dan kelalaian, tidak mambazir, tidur berlebihan, dan makan berlebih

8) Sangat menjaga masa (Haarithun ala Waqtihi)
Sentiasa beringat bahwa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka. Menjaga kualiti sholat, bangun awal, sholat di awal waktu, menggunakan masa tertentu untuk belajar, dan mengisi waktu dengan mengingat Allah S.WT.

9)
 Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.Tak menangguhkan kerja, tak gopoh dan tergesa-gesa, buat kerja sebaik mungkin, bijak meletakkan prioriti kerja, menjaga penampilan, berdisiplin, berbicara baik atau diam, dan menyempurnakan kerja sebaik mungkin.

10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)
Da'ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain, dan umpama seperti sebatang pohom kurma, apa pun yang diambil darinya akan memberikan manfaat kepadamu. Da'ie adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan. Da'ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar